Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Selebriti popular Neelofa dan dua organisasi media bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian di antara mereka secara baik melalui proses rundingan yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Peguam Neelofa, Wan Norliyana Abdul Rahman dan Noor Nadia Mohd Nafiz mengesahkan penyelesaian dengan Oh Media (Omm Media Sdn Bhd) dicadangkan selepas menghadiri proses mediasi di depan perantara Nurulizwan Ahmad Zubir.

Beliau turut mengesahkan penyelesaian dengan Rotikaya dan perintah persetujuan akan dimasukkan di depan Pesuruhjaya Kehakiman Aliza Sulaiman.

Peguam Oh Media, Aiman Ariff Abdul Azij berkata saman Neelofa terhadap anak guamnya akan diselesaikan dengan perintah persetujuan mengenai hal itu akan direkodkan di depan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Darryl Goon Siew Chye pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Terma penyelesaian tidak boleh didedahkan," katanya.

Pada April lalu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor memfailkan saman berasingan terhadap portal Oh Media dan Rotikaya.com berhubung 10 artikel berkenaan pelancaran tudung miliknya, Naelofar Hijab, di kelab malam Zouk dan Anugerah Ikon bagi Tahun Memperkasakan Wanita 2018.

Neelofa, 29, merupakan pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd tersenarai dalam senarai bawah 30 tahun Forbes Asia tahun lalu.

Bagaimanapun usaha pemberita untuk mendapatkan reaksi Neelofa gagal selepas beliau terus beredar ke kenderaan bersama pemandunya sebaik selepas proses mediasi selesai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS