Kontrak perkhidmatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Abdul Adzis Abas ditamatkan berkuat kuasa 1 Disember ini.
Penamatan kontrak itu adalah tiga bulan lebih awal daripada kontrak asal yang sepatutnya tamat pada Februari tahun depan, lapor BH.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, berkata keputusan itu dibuat oleh mesyuarat Lembaga Pengelola DBP.
“Ketika ini beliau sedang cuti bergaji bermula hari ini sehingga 30 November ini dan untuk tempoh ini saya akan menjalankan tugas berkenaan,” beliau dipetik sebagai berkata.
