Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Imigresen tahan Miyabi masuki Bali, rupa-rupanya...
Diterbitkan:  Nov 7, 2018 8:25 PM
Dikemaskini: 12:25 PM

Hasrat bintang bekas pelakon filem dewasa Maria Ozawa untuk berkongsi kegembiraan meraikan sambutan hari lahir rakannya di Jakarta hampir tidak kesampaian semalam.

Semuanya gara-gara dia berdepan insiden mencabar kesabarannya sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Kuta, Bali, Indonesia malam 6 Nov.

Puncanya, Jabatan Imigresen Indonesia menerima laporan mendakwa Maria - atau juga dikenali dengan nama Miyabi - datang untuk berlakon.

Pihak berkuasa menetapkan seseorang yang ingin menjalani penggambaran mesti mendapat izin daripada pihak yang berkenaan.

Dipetik portal tabloidbintang.com, rakan Maria, Barbie Nouva mendakwa pelakon filem lucah itu dikehendaki menunjukkan dokumen perjalanannya untuk diperiksa.

"Petugas imigresen juga kemudian membawa pergi pasport Maria tanpa menjelaskan sebab atau mengapa dia perlu ditahan," katanya.

Selepas tiga jam barulah disahkan Maria, 32, tidak melanggar sebarang peraturan imigresen Indonesia. Dan itu bukanlah penamatnya.

Kata Barbie, beberapa kakitangan imigresen sebaliknya meminta kebenaran untuk bergambar bersama Maria, selain sebahagian yang lain meminta nombor telefon aktres dari Jepun itu.

"Kan tak sopan begitu," katanya.

 

Di pihak Maria sendiri, dia secara terbuka menyatakan rasa kesalnya atas kejadian tersebut dan berharap ia tidak berulang lagi.

"Saya harap ruang peribadi saya tidak diceroboh. Apa yang terjadi ini sangat mengecewakan.

"Semoga orang yang berkenaan boleh mengubah sikap menjadi lebih cerdas," katanya.

Untuk rekod Maria memang dikenali di seluruh dunia sebagai salah seorang pelakon filem porno paling berpengaruh.

Walaupun lahir di Jepun wajahnya berbeza berbanding aktres dari negara matahari terbit itu, kesan warisan bapanya yang berdarah campuran Perancis - Kanada.

Ketika ini dia sudah bersara daripada bidang lakonan dan dikatakan menjalin hubungan dengan lelaki Filipina. Dia juga menetap di negara itu.

Lihat Komen
ADS