Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Persatuan penulis: ICERD ancam bahasa Melayu
Diterbitkan:  Nov 9, 2018 1:11 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) membantah cadangan kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Presidennya Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata mereka bimbang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan dalam sistem pendidikan akan terancam.

“Apabila ICERD diterima, akan terbukalah ruang untuk mengancam kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan kerana status bahasa Melayu boleh sahaja dituduh sebagai diskriminasi terhadap bahasa lain.

“Sedangkan tanpa ICERD pun bahasa Melayu sering dihimpit oleh permainan politik perkauman dan dominasi komersialisme, apatah lagi setelah ICERD diratifikasi.

“Kelak bahasa Melayu akan menjadi bahan tawar-menawar dalam kancah politik,” katanya.

Lihat Komen
ADS