Paling Popular
Terkini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyemak status filem Polis Evo 2 yang didakwa memberikan imej buruk kepada Islam sebelum membuat sebarang keputusan.

Menterinya, Muhyiddin Yassin berkata semakan itu perlu dibuat kerana setakat ini beliau tidak menerima maklumat mengenai filem terbabit.

“Saya kena semak, saya tak tahu kedudukan sebenarnya,” kata beliau pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu seorang pemimpin PAS menyarankan orang ramai memboikot Polis Evo 2 atas alasan ia memberikan gambaran buruk kepada Islam.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Riduan Mohd Nor juga melabel filem arahan Joeh Soh dan Andre Chiew itu sebagai karya "sampah" dan dihasilkan oleh pengarah "suam-suam kuku".

Bagaimanapun seperti kebanyakan orang lain Riduan mengaku belum menonton filem tersebut. Polis Evo 2 hanya akan mula ditayangkan di pawagam pada 22 Nov ini.

Lihat Komen
ADS