Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Zaibo pergi buat selamanya
Diterbitkan:  Nov 14, 2018 3:14 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Pelakon dan pelawak berbakat besar Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Zaibo meninggal dunia pada usia 62 tahun hari ini akibat penyakit kanser.

Memetik Persatuan Seniman Malaysia atau Seniman, isteri arwah, Siti Hawa Sawal berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 1.30 petang di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.

Zaibo disahkan menghidap kanser esofagus tahap empat pada tahun ini.

Semasa hayatnya, Zaibo banyak membintangi drama dan filem termasuk dari luar negara dengan membawa pelbagai watak yang mencuit hati serta meninggalkan kesan kepada penonton.

Antara karya yang pernah dilakonkan adalah drama Spanar Jaya, Under One Roof (drama Singapura) dan filem Anna And The King, Magika, dan Awan Dania the Movie.

Jenazah allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di kediamannya sebelum  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor selepas solat Isyak.

Lihat Komen
ADS