Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
MB Perak berlakon filem arahan Sabri Yunus
Diterbitkan:  Nov 19, 2018 9:42 PM
Dikemaskini: 1:42 PM

Siapa sangka selain hobi menyanyi, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu turut berkemampuan mempamerkan bakat tersendiri sebagai pelakon.

Memegang watak sebagai seorang sheikh penjual buku, beliau diberi kepercayaan oleh pengarah filem Buntat, Sabri Yunus melalui satu babak filem yang berkisar tentang kenakalan seorang kanak-kanak bernama Buntat.

Dalam filem yang berlatar masa pada zaman 1960-an itu, Ahmad Faizal membawa watak seorang syeikh penjual buku agama di Pelabuhan Pulau Pinang dan tampil memberi nasihat kepada orang ramai yang berada di pelabuhan.

Dalam babak tersebut, beliau ditugaskan berdialog dengan Buntat yang dilakonkan oleh Izwan Hafiz Fitri dan Imuda.

Buntat mengisahkan kanak-kanak lelaki yang tinggal di Kampung Batu Kurau, Perak. Akibat kenakalannya, Buntat diburu orang-orang kampung. 

Jelas Ahmad Faizal, beliau memberi sokongan kepada filem berkenaan kerana ia mengandungi perlbagai pengajaran.

"Apatah lagi 100 peratus pengambaran filem ini dilakukan di dalam negeri Perak.

"Ia sedikit sebanyak membantu mempromosi negeri ini,” kata Ahmad Faizal dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Filem Buntat yang melakukan penggambaran di Bandar Warisan Taiping, Perak dan dijadual bakal ditayangkan sekitar September tahun depan.

Lihat Komen
ADS