Eina bersyukur bantu dua kanak-kanak sakit kulit
Pelakon Eina Azman memanjatkan syukur selepas hasratnya untuk membantu dua beradik bertemu pakar bagi mendapatkan rawatan sakit kulit akhirnya berjaya sebentar tadi.
Eina, 23, memaklumkan dia berkongsikan berita Lela Safiya Azmi, dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, atas permintaan peminat yang ingin mengetahui perkembangan kedua-dua beradik berkenaan.
“Alhamdullilah hari ni Eina dan suami berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yun88.
“Di atas permintaan ramai yang minta Eina kongsi tentang keluarga kak Nurul sebentar tadi, Eina bawa kak Nurul, suami dan dua orang anaknya berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya,” katanya di Instagram.
Malah kata pemilik nama asal Ainur Syakina Azman itu dia akan berusaha membantu dengan menghulurkan bantuan kewangan setiap bulan kepada keluarga Nurul Ain Abdullah, ibu kepada kedua kanak-kanak berkenaan hingga mereka sihat.
Berat lagi bahu memikul
“Insya-Allah di beri rezeki yang lebih Eina dan suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak Nurul sehingga pulih insya-Allah,” katanya di Instagram.
Eina berkata, dia terdetik untuk membantu Lela Safiya Azmi, 2, dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, enam bulan kerana dia juga mempunyai dua anak yang masih kecil.
“Eina terdetik nak tolong keluarga kak Nurul sebab Eina fikir Eina pun ada anak kecil @aubreykarl.
“Kalau @aubreykarl sakit sikit pun Eina dah rasa lemah dan sedih, apatah lagi kak Nurul? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
“Sedih sangat Eina dan suami tengok anak-anak kak Nurul tadi menangis sebab tahan sakit,” katanya.
Menurut Eina, tempoh untuk pulih memakan masa selain bantuan akan turut dihulurkan kepada Nurul yang juga mengidap masalah Ekzema.
“Doktor cakap Muhammad dan kakaknya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan Eina akan minta doktor untuk rawat dia juga,” katanya.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga bersama Kaiser Gurmeet Harden dan dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, masing-masing berusia dua tahun.

