Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Selepas tiga minggu bersaing dengan sengit, tanda tanya tentang 12 lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) terjawab malam ini.

Berlangsung di Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam nama calon pemenang itu diumumkan hos Haziq Hussni dan Sherry Al Hadad.

Lagu-lagu yang layak memasuki AJL33 ialah:

  • Semakin (penyanyi: Siti Sarah, komposer/lirik: Mera Utama)
  • Bunga (penyanyi: Ara Johari, komposer: Laq Hang Nadim, lirik: Hang Nadim)
  • Kau Pun Sama (penyanyi: Syamel, komposer: Kidd Santhe, lirik: Syamel)
  • Sampai Bila (penyanyi: Misha Omar, komposer: Sharon Paul, lirik Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri)
  • Haram (penyanyi: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, komposer/lirik: Hael Husaini dan Ezra Kong)
  • Luluh (penyanyi/komposert/lirik: Khair Bahar)
  • Bunga (penyanyi: Altimet, komposer: Omar K dan J Jeevasingam, lirik: Altimet)
  • Jatuh Bangun (penyanyi: Haqiem Rusli, komposer: Omar K, Haqiem Rusli dan Ikhwan Fatanna, lirik: Aman Ra, Omar K, Haqiem Rusli, Ikhwan Fatanna)
  • Tak Pernah Hilang (penyanyi: Karl dan Amylea, komposer: Farouk Roman, lirik: Amylea Azizan)
  • Hajat (penyanyi/komposer: Hael Husaini, lirik: Hael Husaini dan Ezra Kong)
  • Di Matamu (penyanyi: Sufian Suhaimi, komposer/lirik: Sirkhan dan Rinkarnaen)
  • Nisan Cinta (penyanyi: Siti Nordiana dan Jaclyn Victor, komposer/lirik: Hael Husaini, Mike Chan dan Ezra Kong)

Sebanyak 22 lagu berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 33 yang bersiaran secara langsung pada 9 dan 16 Nov lalu, manakala malam ini hanya lapan lagu dipersembahkan.

Ini menjadikan 30 lagu bersaing bagi merebut 12 tempat di pentas akhir yang dijadual berlangsung pada Feb tahun depan.

Pemilihan lagu dibuat dengan penilaian sepenuhnya oleh juri profesional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer dan Cat Farish.

Mokhzani Ismail pula bertindak selaku ketua juri.

Lagu-lagu yang bertanding dalam separuh akhir ialah hasil undian peminat.

Majlis diakhiri dengan persembahan Mashup lagu Sampai Mati dan Takdir Dan Waktu oleh Hazama & The Penglipur Lara serta Rahmad Mega.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS