Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Dihalau keluar dari rumah sewa dan merempat di kaki lima Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana tiada wang antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan penyanyi Rendy Faliq.

Rendy mendedahkan, nasib malangnya itu bermula selepas majikan memberhentikan dia daripada tugasnya sebagai penjawat awam atas sebab-sebab tidak boleh dielakkan, lapan tahun lalu.

Lebih menyeksakan, menurutnya, beberapa tahun sebelum itu dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan karier sebagai penyanyi buat sementara waktu selepas pelbagai usaha untuk kekal dalam pasaran tempatan gagal.

Kini Rendy, 34, berkata, dia kembali untuk membuktikan dirinya masih relevan selain berusaha menaikkan namanya dalam bidang seni tarik suara selepas berasakan ada tuah pada lagu yang dihasilkannya.

“Saya mendapat inspirasi selepas Kata Hatiku mendapat sambutan positif.

“Macam bermimpi apabila Zeel Production pilih karya itu sebagai lagu petikan dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan,” katanya semasa ditemui pada sidang media pelancaran lagu berkenaan di ibu negara baru-baru ini.

Nama Rendy, mungkin asing bagi sesetengah pendengar, namun penyanyi kelahiran Limbang, Sarawak itu pernah meraih tempat sebagai finalis Bintang RTM pada 2004.

Kata Hatiku ditulis Rendy dengan kerjasama anak buahnya, D’niel Rayes manakala guru vokalnya Syamimi Makhetar, ditampilkan sebagai penyanyi latar.

Lagu berkenaan juga mendapat sentuhan komposer Sharon Paul dan diterbitkan Hotsound Record.

Kata pemilik nama asal Andy Baru Francis itu, selepas mencuba pelbagai kerjaya di luar bidang hiburan, dia akhirnya memutuskan untuk meneruskan karier nyanyian.

“Sebetulnya, saya baru saja kembali meneruskan cita-cita sebagai seorang penyanyi pada tahun ini," katanya.

Rendy berkata, sebelum itu dia pernah cuba untuk kembali sebagai seorang penghibur namun kurang berkeyakinan.

"Sebelum ni ada juga cuba menghasilkan beberapa buah lagu namun saya tak rasa ia cukup berkualiti untuk dipersembahkan kepada peminat.

“Alhamdulillah, peminat banyak beri galakan dan ini saya anggap sebagai perangsang kekuatan untuk terus maju dalam hidup,” katanya.

Lihat Komen
ADS