Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Banyak mata 'masuk habuk' lihat kucupan terakhir Safura
Diterbitkan:  Nov 30, 2018 2:45 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Tindakan penyanyi Safura Yaacob mengimbas kembali detik dia bersama arwah anak perempuannya sebelum dikebumikan mengundang hiba pengguna laman media sosial hari ini.

Dalam perkongsiannya itu, Safura dilihat mencium dahi Nur Aisyah Mariam buat kali terakhir.

Nur Aisyah meninggal dunia - pada usia tiga tahun - akibat demam panas berpanjangan.

“Ciuman terakhir... Entah kapan aku akan bertemu anak syurgaku ini.

“Ya Allah rindu yang tidak tertanggung saat ini, walaupun sudah tujuh tahun meninggalkan kami.

“Segala cinta dan sayang kau bawa bersama, pilu sebuah kehilangan... Nur Aisyah Maryam,” katanya di Instagram.

Imej berkenaan dirakam tujuh tahun lalu sebelum Nur Aisyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid al-Ridhuan, Hulu Klang.

Nur Aisyah dilahirkan pada 23 Ogos 2008.

Safura bersama suami, Shahrolnizam

Selain mengundang perasaan pilu pengikutnya di rangkaian sosial, mereka turut memberikan kata-kata semangat buat penyanyi yang juga pelakon itu.

“@Safurashah semoga akak tabah dan sabar menempuh dugaan ini. Anak syurga akan akan sentiasa mendoakan dan akan sentiasa menunggu kakak di sana.

“Banyakkan doa untuk dia di sana, insya-Allah jiwa akan lebih tenang Allah ada untuk menjaga dia di sana, amin,” kata pengguna akaun @misjuliavok.

Nur Aisyah merupakan anak sulung Safura dengan suami ketiganya, Shahrolnizam Nor pada 2005.

Selain Nur Aisyah, bersama Shahrolnizam Safura juga dikurniakan Yusoff Firdaus, 9, Zara Nuraisyah 8, dan Ariana Sofea, 4.

Penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu itu juga mempunyai dua anak Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18, hasil daripada perkahwinan terdahulu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS