Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Phantom Of The Opera beraksi di Istana Budaya
Diterbitkan:  Dec 10, 2018 9:30 PM
Dikemaskini: Dec 12, 2018 3:54 AM

Teater muzikal paling popular di dunia - The Phantom of the Opera - akan membuat persembahan untuk tempoh terhad di Istana Budaya Kuala Lumpur mulai 15 Jun tahun depan.

Tiket-tiket berharga mulai RM200 kini dijual melalui laman web TicketCharge.

Menurut satu kenyataan teater muzikal itu dibawakan oleh Lunchbox Productions, BASE Entertainment Asia dan TEG Dainty.

Teater muzikal blockbuster hasil karya Andrew Lloyd Webber itu sudah memenangi lebih 70 anugerah teater utama, termasuk tujuh anugerah Tony bagi Broadway dan empat Olivier Awards di West End.

The Phantom of the Opera yang menampilkan 130 pelakon, kru dan anggota orkestra serta lebih 230 kostum oleh pereka antarabangsa, akan mempersembahkan beberapa gubahan muzik Andrew Lloyd Webber yang hebat termasuk The Phantom of the Opera, Think Me dan Music of the Night.

Berdasarkan novel klasik Le Fantome de L'Opera oleh Gaston Leroux, teater itu mengisahkan genius muzikal yang berselindung di sebalik topeng separuh muka, dikenali sebagai Phantom, menghuni Paris Opera House dan berusaha memenangi hati ​​​​​​​penyanyi soprano muda - Christine, tanpa menyedari cinta Christine untuk Raoul.

Obsesi Phantom menjadikan jalan cerita yang dramatik.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://premier.ticketcharge.com.my.

 

- Bernama

Lihat Komen
ADS