Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Rebah dalam keadaan bersujud'
Diterbitkan:  Dec 23, 2018 12:38 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Mohd Radzi Abdul Hamid, meninggal dunia ketika mengadakan persembahan, semalam.

Menurut Harian Metro, dia yang kini dikenali sebagai Ustaz Radzi rebah ketika berada di pentas semasa program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, kira-kira jam 11.15 malam tadi.

Radzi, 52, mengadakan persembahan bersama bekas anggota kumpulan Melissa yang lain.

Pengacara program itu DJ Kzie Ahmad berkata, Allahyarham rebah dalam keadaan sujud, beberapa saat selepas naik ke pentas.

"Dia terus dibawa ke bilik persalinan untuk diberikan rawatan kecemasan.

"Apabila ambulans tiba, rawatan diteruskan namun Allah lebih menyayanginya dan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat kekurangan oksigen," katanya seperti dipetik.

Menurut laporan itu lagi, jenazah diiringi dua anaknya untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat.

Melissa antara kumpulan yang mewarnai zaman kegemilangan 'rock kapak' tanah air pada era 1990-an dan terkenal dengan lagu Cinta untuk Nabila.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS