Penyanyi kumpulan Wings, Awie kini dirawat di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, berkata dia sendiri tidak tahu penyakit yang dihidapinya, lapor Astro Awani.
"Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafaslah.
"Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggulah sakit ni," katanya dalam nada lemah.
Isnin lalu Awie Entertainment Sdn Bhd menerusi instagramnya memohon maaf kerana penyanyi itu tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong.
Jelas kenyataan itu, Awie memerlukan rehat secukupnya ketika ini setelah mendapat nasihat daripada doktor.
