Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dokumentari TV bawa masalah baru buat R Kelly
Diterbitkan:  Jan 10, 2019 9:47 AM
Dikemaskini: 7:30 AM

Penyanyi R Kelly mungkin bakal berdepan siasatan di Georgia, AS selepas dia dikaitkan dengan dakwaan mendera dan kes pedofilia melalui siri dokumentari rangkaian TV Lifetime.

Gerald Griggs, peguam yang mewakili keluarga Joycelyn Savage, berkata penyanyi yang popular dengan lagu I Believe I Can Fly itu sedang disiasat pihak berkuasa di Georgia.

Joycelyn ialah salah seorang yang wanita diketengahkan dalam dokumentara berjudul Surviving R Kelly itu.

Kata Griggs peguam daerah Fulton County sudah menghubunginya beberapa hari lalu selepas rancangan itu disiarkan.

Menurut Griggs dia diminta menyenaraikan saksi berhubung kejadian yang didakwa berlaku di kediaman Kelly di utara Atlanta pada 2017.

Menurut CNN, peguam Kelly, Brian Nix, juga sudah dihubungi untuk mendapatkan komen penyanyi terbabit namun tiada maklum balas diberikan.

Dokumentari bersiri Surviving R Kelly menghidupkan kembali dakwaan lama terhadap penyanyi R&B yang berasal dari Chicago itu.

Dakwa tak masuk akal

Ia mengandungi enam bahagian memaparkan wawancara bersama individu yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual Kelly.

Penyanyi John Legend, pengasas #MeeToo, Tarana Burke dan pengacara Wendy Williams antara selebriti yang muncul dalam dokumentari itu.

Bagaimanapun, peguam Kelly menafikan kepada Billboard dengan menyatakan dokumentari tersebut dipenuhi dengan tuduhan tidak berasas.

Kata peguam itu, rancangan tersebut bertujuan merosakkan imej anak guamnya demi kepentingan peribadi.

Gambar hiasan

Seorang pendakwa di Chicago berkata, pihaknya telah menghubungi dua keluarga yang dikaitkan dengan dakwaan ke atas Kelly sejak siri dokumentari itu disiarkan.

Sementara itu, peguam Cook County Kimberly Foxx menggesa mangsa atau saksi kejadian itu tampil membuat aduan kepada polis.

“Tolong tampil. Tiada apa boleh dilakukan untuk menyiasat dakwaan ini tanpa kerjasama daripada mangsa dan saksi. Kami tidak boleh membantu anda,” kata Kimberly dalam satu sidang media.


Baca Rumah pemuzik Kiss ada kes pornografi


Namun, peguam Kelly berkata, tindakan Kimberly memanggil saksi sebagai tidak “masuk akal.”

“Tidak ada apa-apa yang berlaku. Apabila kamu memanggil saksi dengan cara begini, ia akan berakhir dengan tuduhan salah,” katanya.

Pada 2002, Kelly didakwa atas 21 tuduhan pornografi kanak-kanak membabitkan rakaman video yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur yang identitinya tidak diketahui.

Namun, Kelly dibebaskan dan peguamnya pada masa itu menjelaskan penghibur itu tidak ada di dalam video selain mendakwa susuk tubuh individu itu menyamai penyanyi itu telah disunting.

Pada 2017 pula, Kelly didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja.

Ketika itu, pegawai perantara Kelly menafikan perkara itu dengan menyatakan kisah itu sengaja “diada-adakan oleh individu yang tidak jujur.”

Surviving R Kelly bersiaran tiga malam di Lifetime bermula 3 Januari tahun ini.

Lihat Komen
ADS