Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Rumah pemuzik Kiss ada kes pornografi
Diterbitkan:  Aug 21, 2015 6:46 PM
Dikemaskini: 12:03 PM

Polis semalam menggeledah rumah vokalis kumpulan Kiss kerana didakwa terbabit dalam jenayah pornografi.

Kediaman Gene Simmons di Benedict Canyon digeledah oleh Pasukan Petugas Jenayah Internet Kanak-kanak Jabatan Polis Los Angeles.

“Keluarga Simmons memberi bekerjasama dan tiada anggota keluarga itu menjadi suspek dalam kes terbabit,” kata jurucakap polis Sarjan Mike Lopez.

Pasukan Petugas Jenayah Internet Kanak-kanak bertanggungjawab menghulurkan bantuan dan memberi reaksi kepada agensi kerajaan berhubung kes pornografi dan penganiayaan kanak-kanak di Internet.

Police Search Home Of Gene Simmons; Rock Icon, Family Not Suspects http://t.co/bLxcDUdLjp pic.twitter.com/6kQ4a1tQJj

— KISSopolis (@KISSopolis) August 21, 2015

Polis menyiasat rumah Simmons kerana seorang suspek memuat turun imej pornografi menggunakan satu daripada komputer di kediaman itu.

Sementara itu jurucakap keluarga Simmons memberitahu, penyanyi terbabit tiada di kediamannya dan sedang mengadakan konsert jelajah Kiss sewaktu jenayah itu dilaporkan berlaku.

“Anggota Jabatan Polis Los Angeles berada di kediaman pasangan Simmon bagi siasatan ke atas jenayah yang berlaku di rumah mereka tahun lalu," katanya.

Bukan kategori suspek

Simmon, 65, menganggotai Kiss sejak awal 1970-an. Keluarganya pula sering dilanda kontroversi selepas membintangi siri realiti Gene Simmons Family Jewel disiarkan stesen televisyen AS antara 2006 hingga 2012.

Pemain bass kacukan AS - Israel itu berkahwin dengan pelakon filem lucah, Shannon Tweed, 58, pada 2011.

Sementara itu Simmons memuat naik imej kediamannya dalam akaun Twitter @genesimmons bagi menjelaskan kejadian berkenaan kepada peminatnya.

“Untuk rekod: Pihak berkuasa berkata kediaman pengasas bang Kiss Gene Simmons digeledah semalam tetapi mengesahkan ikon rock atau keluarganya tidak dikategorikan sebagai suspek,” katanya.

Thanks for your support. We couldn't be more horrified that someone used our residence for such heinous crimes. Law enforcement is on it.

— Mrs ShannonTSimmons (@shannonleetweed) August 21, 2015

Selain itu, turut menggunakan Twitter, isterinya pelakon Shannon Tweed turut berterima kasih kepada peminat atas sokongan ke atas keluarga mereka menerusi akaun @shannonleetweed.

“Terima kasih untuk sokongan anda. Tiada apa lebih menakutkan apabila seseorang menggunakan alamat kediaman anda untuk berbuat jenayah hina seperti ini. Pihak berkuasa sedang menanganinya,” katanya.

Lihat Komen
ADS