Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tonton Dewa 19 sambil bantu Pemadam Selangor
Diterbitkan:  Jan 20, 2019 1:33 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Pemadam Selangor menjalin kerjasama strategik bersama Nizra Production Sdn Bhd untuk penganjuran Konsert Dewa 19 Reunion Live In KL yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut setiausaha kehormatnya Daing Muhammad Reduan Bachok, setiap RM2 daripada jualan tiket konsert berkenaan akan dimasukkan ke tabung Pemadam Selangor untuk membiayai aktiviti serta program mereka.

“Kutipan amal ini akan dimanfaatkan dalam bentuk program-program kesedaran, antaranya jelajah antidadah bagi menjelaskan ancaman dadah terbaharu seperti new psychoactive substance (NPS).

“Ia adalah sebahagian daripada usaha menjadikan Selangor sejahtera tanpa dadah seperti diilhamkan menteri besar yang merangkap penaung serta pengerusi Pemadam Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan Dewa 19 adalah antara pemuzik yang tidak asing buat peminat muzik di Malaysia.

Konsert mereka yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, 2 Februari depan bakal menampilkan tiga vokalis yang pernah mewarnai kumpulan itu sejak ditubuhkan iaitu Ahmad Dhani, Once dan Ari Lasso.  

Lihat Komen
ADS