Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Sejuk perut mak mengandung'
Diterbitkan:  Feb 12, 2019 5:09 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Di sebalik imej sering ditampilkan sebagai anggota kumpulan rock di pentas, terdapat sisi berbeza yang jarang dipamerkan penyanyi terkenal Amy Search depan khalayak.

Melalui perkongsian imej dimuat naik oleh isteri Norhasniza Hassan, Amy dilihat sedang duduk bersimpuh sambil mengaji al-Quran bersama seorang ustaz.

“Sopan sangat suami saya @aku.amysearch sejuk perut mak dia mengandung tengok anaknya rajin (mengaji).

“Saya plak terketaq-ketaq nak mengaji maklumlah dah lama tak mengaji,” katanya di Instagram.

Norhasniza atau lebih mesra disapa Nourish itu mendedahkan penyanyi lagu Asli dan Tulus itu juga mempunyai satu sikap yang mungkin akan membuatkan ramai peminat terkejut.

“Walaupun dia rock atas pentas, tapi Amy ni kat rumah lemah lembut orangnya,” katanya.

Perkongsian Amy sedang mengaji itu mengundang perhatian segelintir peminat.

Ada yang beranggapan ia mencerminkan satu teladan yang baik.

“Terima kasih kerana menunjukkan sisi dia yang berbeza. Satu contoh yang baik kepada semua peminat. Semoga dirahmati,” kata pengguna akaun @juliernani.

Malah ada juga peminat yang meluahkan keinginan mereka untuk mendengar suara Amy mengaji.

“@qasander dear nok dengar suara Amy ngaji,” kata pengguna akaun @jueaghani

Lihat Komen
ADS