Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Protes malam pertama, penganjur terpaksa tangguh teater
Diterbitkan:  Feb 15, 2019 11:53 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Persembahan teater Love in Georgetown City di Pulau Pinang ditangguhkan susulan protes kumpulan Melayu.

Semalam, sekumpulan aktivis Jaringan Muslimin Pulau Pinang berkumpul di tempat persembahan di Performing Arts Centre, Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Turut hadir Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah yang terkenal dengan kelantangannya mengkritik kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut rakaman video di Facebook beliau, Azwanddin dilihat meninjau poster pameran di luar dewan persembahan.

Beliau kemudian memberitahu perkara itu dirancang untuk “menghancurkan akidah umat Melayu dan Islam” dan menyalahkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP.

“Kita bangkit bukan kerana siapa-siapa tetapi kerana hukum Allah Taala yang kita yakin Islam menentang perkara ini.

“Kalau kita lihat poster-poster yang mereka lakukan ini, cukup biadab,” katanya.

 Pengarahnya Fa Abdul memberitahu pihak polis memberitahunya protes berlaku susulan salah faham berkaitan tajuk dan gambar poster.

Justeru, kata Fa, beliau dinasihati menangguhkan persembahan bagi meredakan suasana.

“Lebih-lebih lagi, ada susulan protes yang telah di rancangkan bagi persembahan berikutnya.

“Oleh itu, pihak polis khuatir akan keselamatan orang ramai dan memohon agar kami memberi pertimbangan ke atas cadangan mereka it.

“Oleh itu, pihak saya (Big Nose Productions) dan Penangpac telah membuat keputusan menghormati nasihat pihak polis.

“Kami akan menangguhkan persembahan kami bagi meredakan suasana,” katanya menjawab soalan Malaysiakini melalui e-mel.

Fa juga berkata setelah menontonnya, pihak polis mengakui kandungan teater itu tidak lucah atau mendorong ke arah maksiat seperti didakwa.

Fa mengakui barisan pelakon, kru dan beliau sendiri kecewa dengan kejadian itu.

Berkaitan persembahan pertama malam tadi, Fa menyifatkannya sebagai satu kejayaan kerana tiket habis dijual dan dipenuhi dengan gelak ketawa.

Pihak polis membantu mengawal mengawal keadaan semasa pementasan dengan anggotanya ditempatkan di luar dan dalam dewan.

Lihat Komen
ADS