Penyanyi Aiman Tino akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak masih mahu mengaitkannya dengan klip video tular yang didakwa memaparkan seorang individu mirip dirinya menunjukkan kemaluan.
Pemilik nama sebenar Mohammad Aiman Yusri itu berkata, pihak pengurusannya kini sedang berikhtiar mencari jalan penyelesaian dirasakan terbaik bagi menamatkan kontroversi berkenaan.
“Berhubung isu tular, Aiman dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dan tidak berlarutan.
“Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkannya semula hingga menjadikannya berlarutan,” katanya di Instagram.
Terdahulu, muncul sebuah klip video 'panas' memaparkan seorang lelaki didakwa mirip penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu sedang melakukan aksi lucah.
Dalam klip video berdurasi 30 saat itu, individu berkenaan menyentuh kemaluan sambil berinteraksi dengan kamera di sebuah tempat dipercayai bilik tidur.
Video berkenaan dipercayai mula beredar di Twitter pada 10 Mac lalu.
Bagaimanapun, video itu sudah dipadam daripada medial sosial berkenaan.
Melalui kenyataan sama, Aiman, 20, juga meminta maaf selain berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
