Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mereka yang 'pervert', mata keranjang - Janna Nick
Diterbitkan:  Mar 29, 2019 6:02 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Pelakon Janna Nick menyelar pihak yang memperbesar-besarkan isu dia berkongsi gambar berseluar ketat menampakkan bentuk punggung dan kakinya.

"Mereka yang pervert. Industri hiburan sekarang seperti ketandusan kontroversi. Benda yang sekecil itu pun ingin diperbesarkan.

"Saya sifatkan kontroversi foto itu sebagai cuit-cuit ringan sahaja.

“Ramai golongan lelaki mata keranjang di luar sana," Janna, 25, dipetik sebagai berkata kepada Kosmo! di Petaling Jaya hari ini.

Janna Nurul Jannah Muner semalam memuat naik gambarnya sedang bersukan memanjang dinding dengan kapsyen “I kat atas you kat bawah buat apa".

Mendapat lebih 140,000 'like', Janna bagaimanapun dikritik sesetengah pengguna Internet susulan penampilan itu.

 

Lihat Komen
ADS