Pelakon Nabila Huda terus positif meskipun diuji dugaan berat apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas menanti hampir empat tahun lamanya.

Nabila atau mesra dipanggil Abil itu berkata, dia mengalami pendarahan teruk dan berita itu diketahuinya selepas menjalani pemeriksaan doktor.

“Saya nak kongsikan saat berharga yang saya rahsiakan dengan korang.

“Masa abil tau positif, abil teruja sangat nak share berita ni kat korang. Inilah saat yang paling sweet, gembira sedih semua adalah, all in one!

“Pergi ambil ujian darah lagi dan dapat keputusan ia tiada lagi di situ,” katanya di Instagram.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nabila Huda Suhaimi itu berkata, apa yang dilaluinya itu dianggap pengalaman berharga.

Malah kata aktres yang baru memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 baru-baru ini itu berkata, ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi dalam hidupnya ketika ini.

“Tak ada rezeki lagilah ni. Allah Nak bagi peluang saya berbulan madu lagi agaknya!” katanya.

Katanya lagi, dia bersyukur apabila dia masih dikelilingi insan di depan mata yang boleh membahagiakannya.

Yes, of course saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, kenapa nak kena bersedih dan menangis sedangkan orang yang sentiasa membahagiakan kita ada depan mata. 

Mereka masih ada. Lebih baik hargai waktu yang ada ni sepuas-puasnya.

“Sekurang-kurang dapat juga kami berdua merasa saat mom and dad to be,” katanya.

Nabila berkahwin dengan Mohd Izwan Johad pada 26 Disember 2015.

Dia sebelum itu pernah berkahwin dengan Zaid Zailani tetapi bercerai pada 2011.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak, Keisha Laila.