Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Lebih baik berpisah dari diikat suami durjana'

Daripada terus-menerus berkongsi hidup dengan suami durjana, tidak rugi sekiranya seseorang wanita meninggalkan sengsara yang didepani dan mencari kebahagiaan sendiri, kata pelakon Noorkhiriah.

Katanya, seorang isteri tidak wajar takut untuk membuka lembaran baru jika ditakdirkan berpisah daripada suami yang tidak bertanggungjawab.

“Perempuan ni tak mati kalau tak ada lelaki macam tu.

“Baik ditinggalkan saja jantan yang main pelacur, penunggang agama atau tak ada rasa hormat pada mak ayah kita.

“Lebih baik bahagiakan diri sendiri,” kata pemilik nama penuh Noorkhiriah Ahmad Shapie itu.

Memahami tiada isteri yang rela berpisah daripada suami, Noorkhiriah, 42, berkata wanita terbabit terlebih dahulu perlu mengumpul kekuatan untuk mengubah nasib yang menimpa mereka.

“Memang susah untuk bangkit, tapi belum cuba belum tahu. Kalau kita tak buat, siapa nak buat?” katanya.

Menurutnya, tiada guna memaksa-maksa hubungan suami isteri yang tidak boleh diselamatkan.

Semua ingat jahat

“Sekiranya kita dah usaha, berdoa dan Allah kata bukan jodoh kita, bukanlah.

“Hati juga tak boleh dipaksa-paksa, makin pedih jadinya nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Noorkhiriah bersyukur apa yang diperkatakannya itu bukanlah kehidupan yang sedang dilalui bersama suaminya.

Katanya, dia bernasib baik tidak diuji musibah sama.

“Alhamdulillah saya dapat suami yang baik dan banyak membantu keluarga,” katanya.

Antara pelakon menjayakan drama bersiri Nur 2

Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Aktres itu turut membela seorang anak angkat diberi nama Nur sejak November tahun lalu.

Namun, rasa tidak senang ditimbulkan Noorkhiriah sebenarnya ada kena-mengena dengan watak Aisyah dilakonkannya dalam drama Nur 2.

Mengulas lanjut, kata Noorkhiriah, Nur 2 memaparkah sisi kehidupan Aishah yang amat berbeza daripada yang pernah dilihat dalam drama musim terdahulu.

“Semua orang ingat dia jahat. Saya sebagai pelakon juga tak percaya pengarah Shahrulezad akan merungkai kehidupan dilalui Aishah sampai macam tu dalam Nur 2.

“Barangkali orang akan cakap bodohnya Aishah, kesiannya Aishah.

“Macam saya cakap tadi, memang ada isteri masih nak taat pada suami jahat dan melampau macam watak Ustaz Syed Hamadi tu,” katanya.

Lihat Komen
ADS