Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Luna Maya tak mencoblos cuma 'bergayut' di LA
Diterbitkan:  Apr 19, 2019 9:00 AM
Dikemaskini: 1:01 AM

Semalam menyaksikan ratusan juta rakyat Indonesia keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing, selain memberi mandat kepada calon presiden negara ini.

Namun di sebalik kemeriahan tersebut, kelibat aktres jelita Luna Maya sebaliknya muncul di Festival Coachella di Los Angeles, AS.

Kehadiran Luna pula ditemani beberapa rakan seperti pelakon Milane Fernandez dan adik usahawan Faisal Nasimuddin, Diana.

Paling menarik perhatian, pelakon filem Suzanna: Bernapas Dalam Kubur itu memuat naik imej dia bergayut di pokok bersama salah seorang rakannya, Milane.

Pada keterangan imej itu, Luna menulis: “Monkeys in #LA”

Festival Coachella merupakan perayaan muzik dan acara kesenian tahunan. Kali ini ia bermula pada 12 April dan akan melabuhkan tirainya pada 21 April depan.

Perkongsian Luna itu dibanjiri dengan reaksi. Antaranya mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai warganegara.

Luna ketika masih berpacaran dengan Reino Barack

“Maaf kepo, mbak tidak ikut nyoblos,” kata pengguna akaun @rinaherlina999.

Pilihan raya presiden tahun ini menyaksikan Joko Widodo sekali lagi dicabar bekas panglima tentera Indinesia, Prabowo Subianto.

Namun, tidak kurang juga ada netizen yang menegur supaya Luna menghilangkan kedukaan yang sedang dialami dengan cara lebih elok.

“Banyak cara, tapi mudah-mudahan bahagia dan tingkah laku seperti itu diminimakan kerana nampaknya ia bukan seperti menghilangkan kecewa. Mungkin boleh berubah dengan cara yang lebih baik lagi,” kata pengguna akaun @mumparijaharini.

Luna sejak kebelakangan ini dilihat sering merantau ke luar negara selepas bekas kekasihnya, Reino Barack menikahi penyanyi Syahrini pada 27 Februari lalu.

Dia juga dilihat pernah memuat naik gambar berangkat menunaikan umrah pada tarikh sama bekas kekasihnya itu menamatkan zaman bujangnya dalam satu majlis diadakan di Jepun.

Lihat Komen
ADS