Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Malam ini menjadi kejayaan terindah buat dua selebriti popular Khai Bahar dan Siti Nordiana apabila masing-masing merangkul anugerah utama Top Top MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Lebih membanggakan apabila Khai mempertahankan gelaran tersebut dua kali berturut-turut.

Penangan lagu Bayang pula membolehkan Khai turut merangkul satu lagi anugerah iaitu Penyanyi MeleTOP.

Bagi anugerah Hos MeleTOP, ia dimenangi oleh Siti Nordiana setelah berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Aliff Satar, Jihan Muse, Sherry dan Zizan Razak.

Untuk kategori Pelakon TV MeleTOP pula, anugerah itu menjadi milik Syafiq Kyle.

Syafiq yang kian popular menerusi drama Nur juga berjaya merangkul dua lagi anugerah melalui kategori iaitu Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.

Drama Mr.Grey yang mencetus fenomena telah memberi kelebihan kepada Eyra Hazali untuk memenangi kategori Artis Baharu Meletop.

AME 2019 turut meraikan ikon dangdut M. Daud Kilau sebagai pemenang kategori Anugerah Khas MeleTOP.

Pemenang kategori utama iaitu Top Top MeleTOP membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 berserta trofi manakala untuk setiap kategori, pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Malam AME 2019 dihoskan oleh beberapa selebriti popular seperti Nabil Ahmad, Neelofa, Jihan Muse, Zahirah Mcwilson, Sufian Suhaimi, Janna Nick dan Amyra Rosli.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi seperti Shafiq Farhain, Hael Husaini, Misha Omar, dan Aman Ra.

SENARAI PENUH PEMENANG AME 2019:

1. Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar

2. Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana

3. Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle

4. Artis Baharu MeleTOP: Eyra Hazali

5. Couple MeleTOP: Nur Fazura dan Fattah Amin

6. Si Cilik MeleTOP: Yusoff Al Qardawi

7. Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era

8. Grup/Duo MeleTOP: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah

9. Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar

10. Lagu MeleTOP: Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)

11. Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live Al-Puasa

12. Drama TV MeleTOP: Lelaki Kiriman Tuhan.

13. Hos MeleTOP: Siti Nordiana

14. Artis Lawak MeleTOP: Jep Sepahtu

15. Pelakon TV MeleTOP: Syafiq Kyle

16. Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle

17. Filem MeleTOP: Munafik 2

18. Penyampai Radio MeleTOP: Johan

Lihat Komen
ADS