Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak perlu izin ibu tiri nyanyi lagu bapa - Anak Saleem
Diterbitkan:  Apr 22, 2019 6:13 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Penyanyi Syafiq Farhain tetap dengan pendirian untuk terus menyanyikan lagu bapanya, allahyarham Saleem jika mendapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan.

“Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa?

“Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi.

“Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu. Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja,” katanya seperti dipetik laporan Harian Metro.

Pemilik nama penuh Nursyafiq Farhain A M Salim juga berkata, dia tidak perlu meminta izin daripada ibu tirinya, Julia Bachok memandangkan lagu-lagu bapanya adalah hak milik syarikat rakaman.

“Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun.

“Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia,” katanya.

Terdahulu, isteri kepada penyanyi Suci dalam Debu itu, Juriah@Julia Bachok dilihat memberi amaran kepada syarikat rakaman yang dinaungi anak tirinya itu .

Menerusi kenyataan tersebut, Juriah mahu pihak terbabit meminta izin terlebih dulu jika ingin menyanyikan lagu arwah suaminya.

Tambah Syafiq yang terkenal menerusi program Big Stage itu, sepanjang hayat bapanya, bekas penyanyi Iklim itu tidak pernah menghalang dia berbuat demikian.

“Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya.

“Kata-kata itu saya pegang sampai sekarang. Malah, dulu setiap kali saya bertemu arwah, dia tidak pernah pun larang saya daripada menyanyikan lagunya,” katanya.

Lihat Komen
ADS