Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Adira sayu tak sempat sambut Aidilfitri dengan bapa

Penyanyi Adira meluahkan kekesalan apabila dia tidak sempat meraikan perayaan Aidilfitri tahun ini bersama allahyarham bapa kesayangannya, Suhaimi Rajiman yang meninggal dunia pada Mac lalu.

Adira mengakui, hubungannya sebagai anak dengan bapa juga agak renggang disebabkan masing-masing tinggal berjauhan selepas kedua orang tuanya itu berpisah ketika dia masih berada di dalam kandungan.

“Memang banyak perkara saya tidak sempat lakukan bersama ayah ketika dia masih hidup. Antaranya, saya tidak pernah menyambut Syawal bersama-sama.

“Sejujurnya, saya berasa terkilan apabila dia sudah tiada, jadi carilah masa untuk dihabiskan bersama selagi ibu bapa kamu masih hidup,” katanya.

Menurut Adira, ketika dia berusia 19 tahun, penghibur itu berusaha mencari siapa bapa kandungnya kerana perasaan rindu yang semakin menebal selain ingin mengenali lelaki itu dengan lebih dekat.

Adira, 27, berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran tudung Adira X Hermanas di Mutiara Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Sambil menumpahkan air matanya, Adira juga mendedahkan arwah bapanya itu - yang menetap di Johor Bahru - tidak pernah melihat kedua-dua cahaya matanya, Anggrek dan Asan selama mereka membesar.

“Ayah pernah sebut nak berjumpa dengan cucu-cucunya, tetapi kejadian yang tiba-tiba menimpa arwah memang buat saya sangat terkejut.

“Semoga ayah tenang di sana, maaf saya sangat beremosi apabila sebut mengenai perkara ini,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut mengenai insiden pemergian allahyarham bapanya.

Suhaimi, 57, selamat dikebumikan di Kampung Kinandusan, Kundasang, Sabah.

Arwah meninggal dunia menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 21 Mac lalu.

Lihat Komen
ADS