Didakwa berlaku curang terhadap isterinya, pelakon Ammar Alfian hari ini tampil mempertahankan dirinya dengan menyifatkannya sebagai fitnah.

Menurut portal mStar, dia mendakwa isterinya Nelissa Nezam - yang membuat dakwaan itu - telah memohon maaf.

"Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu.

"Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan... saya juga memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi dan fitnah terhadap saya," katanya menerusi instatory Instagram seperti dipetik laporan itu.

Instatory itu bagaimanapun telah dipadam.

Nelissa yang kini hamil enam bulan membuat dakwaan itu di Instagram semalam dan menyifatkannya sebagai ujian Ramadan.

“Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh membuat sesuatu yang tidak berhati perut seperti itu," katanya yang turut memadam hantaran itu.

Menerusi instastory berlainan, Ammar berkata dia memilih untuk berdiam diri berhubung perkara itu.

Kenyataan itu disertai gambar yang memaparkan kata-kata: "Apabila anda tidak dapat mengawal situasi, cabar diri untuk mengawal respons terhadapnya.

Nellisa dan Amar mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.