Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan memperkenalkan modul Skim Wajib Tayang yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata modul yang bertujuan mengatasi isu filem tidak laku sedang dilihat di peringkat pegawai undang-undang.

"Isu filem tidak laku ini terjadi kerana kita tidak ada garis panduan filem yang macam mana boleh masuk panggung.

“Di Hollywood, tak semua filem boleh masuk panggung, tetapi di Malaysia, semua filem boleh masuk panggung.

"Kami ada satu modul wajib tayang baharu, yang kami akan umum dalam masa terdekat,” katanya.