Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Hael: Ikhlas memberi, rezeki akan mencurah kembali

Setiap kali Syawal menjelma, penyanyi Hael Husaini memilih untuk mendahulukan keperluan keluarga tercinta berbanding diri sendiri.

Hael berkata, dia akan memastikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak terlaksana dengan membahagiakan keluarganya melalui rezeki yang dikongsi.

"Untuk persiapan raya, biasanya saya akan utamakan keperluan keluarga terlebih dulu.

"Ini supaya bila bangun pagi untuk beraya saya tahu tanggungjawab sebagai seorang anak sudah dijalankan," katanya.

Hael, 31, ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata pemilik nama penuh Hal Husaini Razmi itu, dia akan memastikan perbelanjaan, makanan dan penginapan untuk keluarga mencukupi untuk menyambut perayaan.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, selepas melaksanakan tanggungjawab itu barulah dia akan memikirkan keperluannya.

"Bila bab keluarga dah selesai barulah diri sendiri apa nak pakai.

"Sebenarnya saya jenis mudah, banyak ulang-ulang saja baju apa nak pakai," katanya.

Mengulas amalan berkongsi rezeki, kata penyanyi lagu Hajat itu ia bermula sejak dia belum berkecimpung sebagai seorang anak seni.

"Sebelum jadi artis lagi. Kalau ada wang lebih sedikit misal RM200, RM300 pun saya bagi.

"Saya percaya lebih banyak kita memberi, lebih banyak rezeki kita peroleh kembali," katanya.

Lihat Komen
ADS