Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Atiq tersentuh tradisi bersalaman sempena lebaran

Atiq Azman menyifatkan tradisi bersalaman memohon maaf sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan suatu budaya yang patut dikekalkan.

Aktor itu berkata budaya berkenaan dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan ketika sambutan lebaran.

“Perkara yang menarik sewaktu Aidilfitri adalah kita dapat bersalaman dengan keluarga mohon ampun maaf.

“Ia (bersalaman) dapat juga beri kita peluang untuk memohon maaf andai pernah melakukan kesilapan dulu,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Atiq lagi, perkara itu sudah menjadi kebiasaan buatnya jika pulang ke kampung halaman menziarahi sanak saudara.

“Sedih bila kenang kembali salah kita dan tidak sempat untuk memohon ampun. Jadikan lah raya ini tempatnya.

“Atiq akan mohon ampun terutama moyang sebab jarang melawatnya, Atiq cuma sempat ziarah Tok Ayah (moyang) waktu balik kampung untuk beraya,” kata pelakon drama televisyen Nur 2 itu.

Barisan pelakon drama Nur 2

Pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 19 itu juga berkata dirinya agak sibuk disebabkan jadual kerja yang berpanjangan.

“Saya agak sibuk sedikit kebelakangan ini dengan drama dan juga aktiviti lain.

“Agak susah ingin pulang ke kampung ziarah Tok Ayah (moyang),” katanya.

Sementara itu, ditanya soal perancangan pada masa hadapan, Atiq berkata jika berpeluang, dia mengimpikan untuk membuka perniagaan sendiri.

“Saya sebenarnya mempunyai cita-cita untuk membuka bisnes pada masa akan datang.

“Ini kerana saya rasa seperti minat ingin menceburi dalam bisnes setelah melihat ramai artis juga sudah berkecimpung dalam bidang itu juga,” katanya.

Tambah Atiq, dia bercadang untuk membuka bisnes kesihatan dan kecantikan serta rawatan wajah.

“Saya rasa bisnes kecantikan wajah ini dapat menarik minat ramai orang dan ia juga bisnes yang lain daripada lain.

“Tetapi bisnes ini saya kena buat kajian dengan lebih mendalam supaya dapat faham dengan lebih lanjut berkenaan perincian bisnes itu sendiri,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS