Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Aliff bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang'
Diterbitkan:  Jun 23, 2019 8:52 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

Penyanyi Bella Astillah menyeru warganet supaya berhenti memberi tekanan terhadap bekas suaminya, Aliff Aziz.

Bella yang mendakwa Aliff sedang berdepan fasa kemurungan berkata penyanyi dan pelakon itu seperti hilang punca dalam hidup.

Justeru, dia berharap warganet tidak menambah beban sedang ditanggung selebriti kelahiran Singapura itu ketika ini.

"Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul-betul tiada hati dan perasaan?

"Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna?

"Jangan kita meremehkan perkara berkait kemurungan," katanya pada akaun Instagram miliknya hari ini.

Bella, 25, baru pulang ke tanah air subuh tadi selepas bercuti di Melbourne, Australia.

Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menurut Bella selepas prosiding di mahkamah pada 16 Mei lalu, perpisahan mereka kerana sudah tidak lagi mempunyai persefahaman, selain sudah tiga bulan tidak lagi tinggal sebumbung.

“Kami tidak ada persefahaman dan suami selalu curang,” katanya.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, serta dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun.

Untuk rekod, Aliff, 28, baru-baru ini juga meluahkan kesal menceraikan Bella selain sering memberi bayangan dia ingin merujuk kembali kepada bekas isterinya itu. 

Jelas Bella, dia tidak dapat menahan sebak sebaik mengetahui kejadian menimpa penyanyi lagu Coba itu semalam.

"Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga.

"Melalui panggilan telefon, dia mendakwa dianiaya oleh orang yang baru saja dia kenal. Dan video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallaualam," katanya.

Semalam tular video memaparkan penyanyi lagu Sayang Sayang itu yang didakwa sedang bertengkar dengan seseorang menerusi panggilan telefon.

Walaupun pernah menempuh episod duka dengan Aliff, Bella masih menunjukkan simpati terhadap bekas suaminya itu.

Katanya, biar apa pun yang berlaku, dia tidak pernah menyimpan dendam malah berharap masyarakat mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu.

"Walau apapun he is still the father of my son.

"Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang.

"Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya," katanya.

Selain itu, turut sohor hingga menduduki carta pertama di Twitter tempatan sejak semalam adalah imej memaparkan perkataan Bella yang pada awal disangka dicacah pada tubuh badan Aliff.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu menafikannya sebagai tatu sebaliknya lukisan inai yang merupakan imej lama dirakam pada 2016 tetapi tiba-tiba menjadi tular kini.

“Ketika itu saya berada di China. Rasanya sudah lama sangat,” katanya.

View this post on Instagram

Salam, Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihat🙏🏻. . . Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son. Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga. Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam 😔 . . Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita. . . Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia. Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah. . . Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong @aliffaziz91

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS