Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Rakyat Malaysia ke-25 paling seksi di dunia

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Jun 2019, 10:21 pagi

Malaysia berada di tangga ke-25 sebagai negara yang paling seksi di dunia, dengan menjadikan pereka kasut terkenal kelahiran negara ini, Jimmy Choo dan model Amber Chia sebagai contoh selebriti seksi tempatan.

Kedudukan itu menjadikan Malaysia pada satu tangga atas dari Iran dan satu tangga bawah berbanding Mexico.

Senarai undian yang dijalankan oleh sebuah laman web pelancongan antarabangsa, Big 7 Travel itu didahului dengan negara Ukrain, Danish, Filipina, Australia, Afrika Selatan, Itali, Armenia, England dan Kanada.

Ukrain berada di kedudukan pertama kerana penduduknya dikatakan mempunyai penampilan yang menawan.

Menurut undian tersebut, Filipina yang menduduki tangga ke-3 itu pula, meraih kedudukan tersebut kemungkinan atas faktor peninju terkenal Manny Pacquiao, penyanyi Bruno Mars dan ramai peserta ratu cantik dunia dari negara itu.

Antara negara Asia lain yang berada dalam 50 senarai itu merupakan Jepun (19), China (31) dan Thailand (36).

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.