Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Hati kau harus diperbetulkan, jangan sakit jiwa sangat'

Berhijab atau pun tidak, penyanyi Zizi Kirana - yang namanya sering terpalit kontroversi imej seksi - mengaku tidak mampu mengubah tanggapan sedia ada mengenai dirinya.

Dia yang tampil menutup aurat sepanjang Ramadan lalu mendedahkan berasa “seram” ekoran tetap menerima pelbagai mesej lucah dikongsikan secara peribadi daripada kalangan netizen pada bulan mulia itu.

“Ada juga direct message saya dengan menghantar gambar-gambar seram dan minta gambar aset.

"Ini bukan disebabkan pakaian saya yang bermasalah.

“Walaupun sudah bertudung, orang masih kata saya seksi tapi sebenarnya jiwa dan mentaliti individu begini yang mempunyai masalah,” katanya.

 Zizi, 34, ditemui pada majlis pelancaran video muzik dan lagu rasmi fiesta beli-belah Star Vendors, iaitu Starlela di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur semalam.

Beranggapan pakaian bukan menjadi penyebab dia dikritik selama ini, pemilik nama asal Nur Fazelah Mad Tahil itu menempelak warganet agar mengubah mentaliti dahulu sebelum memberi nasihat kepadanya berhubung soal imej.

“Bila tengok komen netizen, semua maha benar.

"Tapi yang sewajarnya hati kau harus diperbetulkan, jangan sakit jiwa sangat,” katanya.

Namun, penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap itu mengaku kejadian itu sedikit pun tidak membuatnya berasa serik untuk tampil bertudung sekali lagi pada Ramadan akan datang.

Ditanya sama ada dia ingin mendedahkan empunya akaun atau melaporkan kepada pihak berkuasa, Zizi berkata, buat masa ini hanya mahu membiarkan isu itu berlalu.

“Mereka semua tak penting, tak perlu sampai nak didedahkan di media sosial. Ia hanya mencemarkan akaun Instagram saya saja,” katanya.

Imej Ramadan Zizi Kirana

 

Lihat Komen
ADS