Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ozlyn: Moga remaja ada masalah keluarga tabah dugaan tuhan
Diterbitkan:  Aug 11, 2019 1:57 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Pelakon, Ozlynn Waty berkata kebanyakan pengikut akaun Instagram milik dirinya serta suaminya aktor dan penghibur Johan terdiri daripada golongan remaja sekolah.

Hal itu mula disedari Ozlynn apabila kerap menerima mesej daripada remaja berbentuk keluhan atas masalah keluarga yang mereka hadapi.

"Kami menerima pelbagai luahan menerusi komen dan mesej peribadi. Kata mereka, seronok jika dapat ibu dan bapa seperti kami.

“Ada juga yang sedih apabila tidak pernah diajar mengaji,” katanya, petik BH Online.

Ozlynn atau nama sebenar Rozlinawaty Ismail selanjutnya berkata setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri mendidik anaknya dan berharap setiap remaja yang mempunyai masalah keluarga tabah hadapi dugaan Tuhan.

"Apabila membuat luahan sebegitu, menjadi tanggungjawab saya untuk menasihati mereka. Setiap ibu dan bapa ada cara didikan tersendiri.

“Saya amat berharap, sekurang-kurangnya nasihat saya diambil bagi menguatkan diri masing-masing kerana ujian Tuhan tidak sama," katanya.

Sementara itu, Ozlynn turut berasa bersyukur kerana masih dihulurkan tawaran berlakon walaupun kerap berehat dalam bidang seni.

"Sejak habis pantang hinggalah sekarang, ada sahaja tawaran yang datang.

“Selagi boleh, saya akan menerimanya. Apatah lagi sekarang kita perlu bersaing dengan ramai artis, terutama bakat baharu,” katanya.

Lihat Komen
ADS