Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Selepas lapan bulan, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth bercerai
Diterbitkan:  Aug 11, 2019 6:02 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Perkahwinan penyanyi Miley Cyrus dan pelakon Liam Hemsworth nampaknya berakhir tidak sampai setahun, apabila pasangan itu mengumumkan sudah berpisah.

Menurut jurucakap Cyrus, pasangan selebriti terkenal itu setuju untuk membawa haluan masing-masing bagi memberi tumpuan kepada kerjaya dan diri mereka.

“Dalam situasi yang sentiasa berubah ini, mereka (Cyrus dan Hemsworth) setuju untuk berpisah buat masa sekarang.

“Antara sebab perpisahan ini berlaku adalah kerana mereka (Cyrus dan Hemsworth) ingin fokus kepada diri sendiri dan kerjaya masing-masing,” katanya seperti dipetik portal People.com.

Jurucakap itu berharap peminat kedua-dua selebriti itu dapat memahami keputusan yang dibuat dan menghormati privasi mereka.

Cyrus dan Hemsworth mendirikan rumah tangga pada 26 Disember lalu di sebuah majlis kecil-kecilan di Tennessee, Amerika Syarikat.

Mereka dikatakan berkenalan pada 2010 ketika membintangi filem The Last Song dan bertunang dua tahun kemudian.

Perpisahan mereka mula diperkatakan baru-baru ini apabila Cyrus memuat naik gambar dirinya tanpa cincin perkahwinan di Instagram.

Lihat Komen
ADS