Sebuah sekolah tadika Katolik persendirian di Tennessee, Amerika Syarikat mengharamkan buku Harry Potter daripada perpustakannya.

Media melaporkan tindakan itu dibuat selepas paderi sekolah mendakwa mantera dalam buku tulisan JK Rowling itu adalah benar dan dapat memanggil roh jahat.

“Sumpahan dan mantera digunakan dalam buku itu benar-benar sumpahan dan jampi, yang bila dibaca oleh manusia berisiko memanggil roh jahat kepada pembacanya,” menurut e-mel paderi sekolah kepada ibu bapa murid.

Sekolah St Edward juga dilapor tidak membenarkan pelajar membaca buku itu di perpustakaan sekolah.