Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Upin & Ipin diangkat filem cetera terbaik di Kanada
Diterbitkan:  Sep 12, 2019 12:49 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Produk tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal melakar sejarah apabila diangkat sebagai pemenang anugerah Filem Cetera Terbaik Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada.

Syarikat Les Copaque Production berkongsi berita gembira itu melalui Instagram rasmi mereka.

“Tahniah filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dipilih sebagai pemenang Filem Festival Animasi Antarabangsa Montreal 2019 (Animaze) dalam kategori filem cetera,” kata kenyataan itu.

Animaze, sebuah festival filem antarabangsa berpangkalan di Montreal dianjurkan bagi mengiktiraf karya animasi dari seluruh dunia.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bersaing dengan 65 filem animasi dari seluruh dunia pada acara tahunan itu untuk merebut gelaran berkenaan.

April lalu, filem diarahkan tiga sutradara, Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu mengutip RM25 juta selepas 21 hari tayangan dengan jumlah penonton mencecah dua juta orang.

Pencapaian itu membolehkan naskhah berkenaan mencatat rekod sebagai sebagai filem animasi yang meraih kutipan tertinggi di pawagam tempatan, menewaskan judul antarabangsa, Incredibles 2.

Pangkalan Movie Internet Database (IMDb) salah satu sumber popular berkaitan filem di dunia menilai Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dengan skor 8/10.

Lihat Komen
ADS