Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Di Sisi terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dinobat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) pada acara yang melabuhkan tirainya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Kemenangan diraih itu berjaya menumpaskan empat lagi drama Lalang (RTM), Sirna (Onechinoiz Studios Sdn Bhd), Telingkah (RTM) dan Titi Kayu (Eleven Field) yang bersaing sengit bagi merebut gelaran itu.

Pengarah Di Sisi, Wan Afzam Wan Daud turut membawa pulang trofi bagi kategori Pengarah Terbaik Drama.

Selain dua kategori itu, drama berkenaan turut membawa pulang trofi Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon Layar TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

Lakonan mantap pelakon Nabila Huda menerusi drama Dia Tidak Berdosa pula melayakkannya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama manakala Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi Faizal Hussien (Samad Tedung).

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu, anugerah menjadi milik Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd) manakala pelakon utama Fizz Fairuz diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Pelakon Zara Zya membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian menerusi drama Pia.

Bagi kategori filem, One Two Jaga terbitan Pixel Play Entertainment terpilih sebagai Filem Terbaik mengalahkan empat calon lain iaitu Paskal, Gol & Vinci Vol 2, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.

Filem itu turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq), Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Dr Rosdeen Suboh dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem yang dimenangi oleh Zahiril Adzim.

Pengarah Terbaik Filem pula dimenangi oleh Mamat Khalid menerusi filem Hantu Kak Limah.

Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menjadi milik Diana Danielle menerusi filem Gol & Gincu Vol.2.

ASK 2019 memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air dengan mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, tujuh kategori filem, dan sembilan kategori bukan drama & teknikal.

Acara malam tadi menyaksikan sebanyak 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk tujuh kategori bukan drama dan teknikal disiarkan melalui program Melodi TV3 pada 27 Oktober lalu.

ASK 2019 mengekalkan konsep sama seperti tahun lalu iaitu tanpa hos utama yang mengemudi malam anugerah tersebut sebaliknya acara itu menampilkan enam pasangan selebriti yang berperanan sebagai penyampai anugerah.

Mereka ialah Elly Mazlein dan Shuk, Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Azad Jasmin dan Eira Syazira.

Malam anugerah dihiburkan dengan persembahan nyanyian antaranya pasangan duo seperti Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh.

Selain itu, penonton turut dihiburkan dengan penampilan Andi Bernadee, sketsa komedi daripada Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana, persembahan silap mata The MADgicians dan tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae.

Berikut Senarai Penuh Pemenang ASK2019:

  1. Drama Terbaik - Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)
  2. Pengarah Terbaik Drama - Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)
  3. Lakon TV Terbaik - Amin Masyur (Di Sisi)
  4. Penyunting Drama Terbaik - Izar Masuri (Di Sisi)
  5. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Faizal Hussien (Samad Tedung)
  6. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)
  7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Ruzaidi Rahman (Di Sisi)
  8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Amyza Aznan (Batik Zakiah)
  9. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
  10. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn. Bhd)
  11. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)
  12. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Zara Zya (Pia)
  13. Drama Komedi Terbaik - Budak Usin (Radius One Sdn Bhd)
  14. Videografi Drama Terbaik -Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)
  15. Rancangan Majalah Terbaik - Sahabat Backpackers
  16. Rancangan Realiti Terbaik - The Z Power
  17. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin & Zerry Fancis)
  18. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Istimewa Deepavali) Intan Noorbaizura & Thayalan Krishna
  19. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat - Kampung Sampah) Khairul Rizuan Azizan & Khairul Azwan Khalid
  20. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0) Ellia Norni Elias & Rashidah Ali
  21. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)
  22. Rekabentuk Set Terbaik - Mohd. Rafi & Mohd. Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)
  23. Montaj Terbaik - Mohd Rizuan And Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)
  24. Filem Terbaik - One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)
  25. Lakon Layar Terbaik - Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)
  26. Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)
  27. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Dr Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
  28. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)
  29. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zahiril Adzim (One Two Jaga)
  30. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Siti Saleha (7ujuh)
Lihat Komen
ADS