Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Telefon Azhan sangkut, sesak dengan mesej lakonannya cakap Bajau

Lakonan Azhan Rani berbahasa Bajau menerusi telefilem khas sempena Maulidur Rasul berjudul Ikut Jejakmu yang ditayangkan di saluran TV1 (RTM) semalam mendapat reaksi memberangsangkan di kalangan peminat dan rakan seindustri.

Jelas Azhan, sampai satu tahap telefon bimbitnya jadi kalut (jammed) kerana terlalu banyak pesanan dan komen yang diberikan penonton terhadap telefilem yang berkonsepkan kerohanian itu.

“Mereka (peminat dan rakan) kagum sebab bahasa Bajau adalah bahasa yang saya sendiri tak pernah dengar (sebelum ini), apa lagi mereka?

“Ramai yang beri maklum balas semalam… telefon saya sangkut ramai orang komen,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, tular klip video berdurasi kira-kira seminit di media sosial yang memaparkan Azhan bercakap dalam bahasa Bajau.

Pautan video berkenaan menjadi bualan di kalangan pengguna Facebook di Sabah, malah ia dikongsi sebanyak 1,000 kali dan mendapat 172 komen yang rata-ratanya memuji bakat pelakon drama bersiri Nur itu.

Namun, Azhan hanya menyedari cerita tular berkenaan setelah diberitahu oleh wartawan Malaysiakini selepas tayangan perdana sebuah filem di Mutiara Damansara, bulan lalu.

Dalam telefilem Ikut Jejakmu itu, Azhan membawakan watak antagonis sebagai seorang lelaki berbangsa Bajau bernama Marwan, yang tinggal di sebuah perkampungan air di Semporna, Sabah.

Azhan digambarkan sebagai individu yang tidak dapat menerima cara hidup seorang Muslim, minum arak dan berjudi serta benci dengan dakwah yang dibawa oleh seorang ustaz di kampungnya.

Disoal sekiranya watak itu memberi gambaran buruk terhadap kaum Bajau di Sabah, Azhan menepis tanggapan itu.

Katanya, ia bukanlah suatu isu yang perlu diketengahkan kerana tanpa mengira kaum, watak jahat sentiasa ada malah lebih teruk daripada apa yang dilakonkannya dalam telefilem itu.

“Bukan semua orang Bajau (jahat) sebab ada saja di mana-mana. Saya adalah segelintir nasyarakat yang terlibat (kegiatan negatif) dalam cerita itu.

“Tidak ada isu kaum atau memburukkan bangsa. Tak ada,” kata pelakon 7 Hari di Neraka itu.

Azhan bagaimanapun berkata, meskipun dia berasa gementar kerana tidak yakin bertutur dalam bahasa etnik itu terutamanya dari aspek nada dan sebutan, namun dia bersyukur kerana telefilem itu mendapat reaksi yang positif dari orang ramai.

“Saya gementar sebenarnya sebab bila kita bercakap bahasa Bajau tu dengan orang Bajau sebenarnya…

“Saya takut tapi bagusnya pula maklum balas mereka pada saya okay betulkan yang ini… ini lembutkan lagi (sebutan)… keraskan lagi… ada ‘guru’ yang ramai kat situ,” katanya.

Lihat Komen
ADS