Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak-anak setuju Eizlan tamatkan zaman duda
Diterbitkan:  Dec 2, 2019 8:48 PM
Dikemaskini: Dec 3, 2019 12:06 AM

Bakal menamatkan status duda tidak lama lagi, pelakon Eizlan Yusof terlebih dahulu meminta persetujuan daripada ketiga-tiga anaknya sebagai menghormati pandangan mereka.

Kata Eizlan, langkah itu diambil sebelum membuat keputusan untuk menikahi wanita mualaf, Natasha Rossa Boudville pada 12 Disember ini.

Menurut aktor berkenaan, persetujuan anak-anak menjadi keutamaan dalam perjalanan hidupnya apatah lagi dia mahukan keserasian terbina dengan baik antara Natasha, 29, dengan mereka.

“Memang anak-anak sangat rapat... Ini kerana kami sudah empat tahun berkawan. Cuma sejak setahun lalu, hubungan jadi semakin dekat.

“Sebelum melamar September lalu, saya bawa anak-anak keluar untuk bertanya pendapat mereka andai saya berkahwin dengan Natasha.

“Mereka menjerit kegirangan menerima Natasha. Malah, sisi lembut Natasha yang cukup prihatin dengan anak-anak, membuatkan saya tewas,” katanya pada majlis pengumuman diadakan di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, BH Online melaporkan bakal isteri yang juga kakitangan pengurusan kanan di sebuah hotel lima bintang di ibu negara itu tidak hadir pada majlis pengumuman yang diadakan hari ini.

Wajah wanita itu juga dirahsiakan.

Menurut Eizlan, Natasha dipercayai mampu menggembirakan dan membuka pintu hatinya hingga terbuka untuk berkahwin selepas empat tahun menduda.

“Sebenarnya, saya senang dengan sikap kelakar dan tahan bulinya. Saya memang kuat menyakat tapi dia cukup kebal,” katanya.

Katanya, Natasha memeluk Islam Ogos tahun lalu, suatu keputusan yang dibuat bukan atas dasar ingin berkahwin dengannya.

“Natasha memeluk agama Islam pada Ogos, tahun lalu. Namun, ia bukan kerana mahu berkahwin dengan saya,” katanya,

Eizlan dan Natasha bakal diraikan dalam empat majlis bermula acara berinai, akad nikah, resepsi dan malam apresiasi.

Majlis pernikahan akan berlangsung di premis majlis, Bora Ombak, di Putrajaya disusuli persandingan keesokan harinya di lokasi sama.

Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Vie Shantie Khan pada 2007. Namun, perkahwinan itu hanya bertahan lapan tahun.

Melalui perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, 11; Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaara, 6.

Lihat Komen
ADS