Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Mahathir The Journey - Tak payah komenlah, kata PM

Kedudukan filem biografi membabitkan Dr Mahathir Mohamad masih belum terjawab apabila perdana menteri enggan memberikan kenyataan apabila ditanya mengenai restu yang diperolehi pihak terbabit.

Ditemui media di Kuala Lumpur malam tadi, Dr Mahathir ditanyakan hal berkenaan.

Bagaimanapun beliau sekadar memberikan jawaban ringkas.

"Tu tak payah komen berkenaan keluarga terlibat,” katanya.

Terdahulu beliau ditanya mengenai kenyataan Marina Mahathir yang mendakwa pembikinan Mahathir The Journey tidak mendapat restu daripada keluarga mereka.

Kenyataan itu dibuat Marina tidak lama selepas filem berkenaan dilancarkan pada 11 Nov lalu. Marina berpendapat sesebuah kisah menceritakan perihal keluarga secara mendalam boleh mendatangkan malu.

“Perkara di sini ialah: Keluarga saya lebih suka tiada sesiapa menghasilkan filem, filem bografi, muzikal, kartun atau apa saja mengenai kami kerana ia memalukan,” katanya. 

Kenyataan Marina itu turut dipercayai merujuk pada sebuah lagi karya berkaitan ibunya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, yang akan difilemkan dan berjudul Hasmah

Bagaimanapun, penerbit Mahathir The Journey, Yusuf Kelana berkata, pihaknya sudah cuba menghubungi Marina sebelum ini namun tidak berjaya kerana jadual kerjanya yang tidak mengizinkan.

Selain itu, pihaknya terlebih dahulu mendapatkan kelulusan dari Pejabat Perdana Menteri sebelum mengadakan pelancaran filem tersebut.

“Pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof, menjadi individu menyemak kesemua babak yang disiapkan untuk filem itu terlebih dahulu sebelum memberikan surat kelulusan.

Terdahulu Dr Mahathir meluangkan masa menghadiri tayangan khas filem animasi Ejen Ali The Movie di sebuah kompleks beli-belah di tengah ibu kota.

Lihat Komen
ADS