Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak penyanyi Nora meninggal dunia
Diterbitkan:  Dec 14, 2019 6:12 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Muhd Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia pagi ini.

Perkara berkenaan disahkan Nora sendiri menerusi sebuah video di laman Instagramnya.

“Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun. Allah uji saya sekali lagi. Saya nak beritahu semua, anak saya Alif Johan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumah saya.

“Arwah akan dikebumikan secepat mungkin pada hari ini. Mohon maafkan semua kesalahan dia,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca kematian anaknya itu.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

- Bernama

View this post on Instagram

😢😢😢😢😢😢

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

 

Lihat Komen
ADS