'Jika Batman gagal, Robert Pattinson nak jadi pelakon lucah'
Robert Pattinson berkata sekiranya filem Batman terbaru lakonannya gagal di panggung maka dia membayangkan akan menjadi pelakon lucah.
Aktor yang menempa nama melalui The Twilight Saga itu diberi kepercayaan untuk menjayakan watak ikonik Batman yang dijangka menjengah ke pawagam pada 2021.
Pattinson mengeluarkan kenyataan itu ketika ditanya bagaimanakah reaksinya sekiranya peminat tidak dapat menerima versi adiwira yang bakal dilakonkannya itu.
“Bila bercakap mengenai sesebuah filem, pasti ada jangkaan tinggi. Apabila kamu bercakap sesuatu, pasti orang lain akan; argh kamu bodoh. Saya belum mulakan lagi.
“Sebenarnya, tiada kritikan lebih teruk daripada saya kritik diri sendiri. Justeru, saya tidak perlu risaukan tanggapan orang lain,” katanya dipetik The Guardian.
Bagaimanapun, kata-kata Pattinson itu sekadar gurauan.
“Pornografi. Tapi, ia adalah art-house porn,” katanya berseloroh.
Namun, ini bukan pertama kali Pattinson, 33, berkata dia ingin menukar haluan kerjayanya. Baru-baru ini Pattinson mendedahkan dia ingin mengakhiri karier lakonannya selepas sesi uji bakat Twillight.
Selain The Twilight Saga, Pattinson antaranya pernah muncul dalam Harry Potter, The Lighthouse dan Remember Me.
Pattinson pernah menerima anugerah Best Actor di Festival Filem Strasbourg melalui lakonannya dalam How To Be dan memenangi anugerah Hollywood Rising Star menerusi persembahannya dalam Life di Festival Filem Amerika Deauville.

