Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Budak indie' jadi CEO Kota Buku
Diterbitkan:  Jan 7, 2020 6:28 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Mutalib Uthman dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Perbadanan Kota Buku (PKB).

Bercakap kepada Malaysiakini melalui aplikasi Whatsapp, Mutalib mengesahkan pelantikannya.

“Benar (dilantik sebagai CEO Kota Buku)," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Terdahulu, perbadanan tersebut menerusi laman Facebooknya yang memaparkan hantaran gambar Muthalib memakai baju t dengan tulisan: "Di pijak-pijak tak mampus."

PKB melalui media sosialnya mengumumkan pelantikan Mutalib sekali gus mengalu-alukan kedatangannya.

“Selamat datang Ketua Pegawai Eksekutif baru Perbadanan Kota Buku, Encik Mutalib Utaman.

“Sebuah harapan dan jalan selalu ada untuk mereka yang selalu senantiasa berdoa serta berjuang tanpa mengenal sebuah kata menyerah,” tulis PKB.

Lantikan Muthalib dan hantaran Kota Buku di media sosial mengubah imej korporat PKB sebelum ini di bawah teraju bekas CEOnya Sayed Munawar Sayed Mustar.

Dalam dunia penerbitan buku tempatan, Mutalib dikenali sebagai 'budak indie' dan pernah menjadi CEO Dubook Press.

Perbadanan Kota Buku ialah syarikat berhad milik Kementerian Pendidikan yang berhasrat menjadi agensi utama dalam pembangunan industri buku sejajar Dasar Buku Negara (DBN) yang menyarankan agar ditubuhkan sebuah “Pusat Buku” di Malaysia.

PKB ialah pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit untuk bertemu dan membantu mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan kegiatan perbukuan di antara satu sama lain.

Lihat Komen
ADS