Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lucinta mengadu bengkak kaki kerana tertekan dalam penjara
Diterbitkan:  Feb 14, 2020 6:42 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Baru beberapa hari mendekam di penjara, Lucinta Luna mendakwa mengalami masalah bengkak-bengkak pada kaki kesan daripada tekanan perasaan yang dialaminya.

Bagaimanapun menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus masalah berkenaan sudah diatasi dengan bantuan pegawai perubatan pasukan keselamatan itu.

“Kan memang ada pegawai perubatan polis, jadi pemeriksaan akan dijalankan,” katanya dipetik detikhot.

Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fattah ditahan bersama tiga individu lain di sebuah apartmen di Thamrin City, Jakarta Pusat, kerana disyaki mengambil dadah.

Seorang daripadanya ialah Abash, pasangan Lucinta yang kemudian disahkan polis sebagai wanita bernama Diah Ayu Ashari.

Lucinta - yang merupakan salah seorang penyanyi Bobo Di Mana itu juga diiktiraf sebagai wanita selepas permohonannya untuk mengubah status jantina berjaya sejak Disember lalu.

Dia kini dikenali sebagai Ayluna Putri.

Menurut Yusri, jika benar kaki Lucinta bengkak-bengkak, doktor akan melakukan pemeriksaan selanjutnya, namun tiada layanan istimewa diberikan buat Lucinta meskipun dia artis.

“Tahanan mana-mana pun sama,” katanya lagi.

Bagaimanapun, tegas Yusri, hingga ke saat ini belum ada keluhan diluahkan Lucinta sebagai tahanan termasuk soal kemurungan seperti didakwa.

“Selama ni tidak ada. Khidmat kami berikan bagus, dia juga mengakuinya,” katanya.

Keadaan kesihatan Lucinta itu dimaklumkan oleh peguam mewakilinya iaitu Milano Lubis.

“Pagi tadi dia bagitahu kakinya bengkak pada kaki kiri, sama seperti telapak kaki kiri.

“Ini mungkin kesan akibat mengalami tekanan. Jika seseorang tertekan ia memang memberi kesan ke atas tubuh. Bahkan, dia dari awal suka mencakar wajahnya.

“Nasib tak terluka. Dia kalau tertekan kemurungan sampai menyakiti diri sendiri,” katanya

Lihat Komen
ADS