Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Seorang usahawan kosmetik yang sering mencetus kontroversi didakwa memukul anak angkatnya dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku Februari lalu.

Laporan polis dibuat oleh pengadu yang mendakwa suspek memukul anak angkatnya itu sewaktu mereka berada di kediamannya di Selangor.

Kejadian didakwa berlaku apabila usahawan terbabit memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak berusia dua tahun itu sewaktu ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk tujuan publisiti.

Pengadu mendakwa, selepas kejadian terbabit, suspek memanggilnya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, pengadu mendakwa, dia tidak menuruti arahan tersebut kerana bimbang kanak-kanak terbabit cedera.

Sebaliknya, dakwa pengadu, suspek akhirnya memukul anak angkatnya sendiri menggunakan kasut di badan selain mencubit kanak-kanak tersebut hingga meninggalkan kesan.

Pengadu juga berkata, dia membuat laporan tersebut kerana khuatir sekiranya dia dituduh memukul anak angkat suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan dibuat pengadu.

“Kami sudah merakam semua kenyataan saksi termasuk suspek.

“Siasatan akan lengkap dalam minggu ni dan akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Siasatan akan dilakukan di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta kanak-kanak 2001,” katanya kepada Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS