Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Islam rahsia kejayaan penyanyi antarabangsa Akon
Diterbitkan:  Mar 5, 2020 3:20 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Imej penyanyi Afrika-Amerika, Akon menunaikan ibadah umrah pada tahun ini tular di laman sosial dan mengundang perhatian ramai.

Ketika melaksanakan ibadah itu, Akon, 46, mendedahkan bahawa Islam adalah satu-satunya rahsia kejayaaan yang dikecapinya pada hari ini.

Selain itu penyanyi antarabangsa itu juga menekankan bahawa semua yang diperoleh datangnya daripada Allah.

Video dan imej penyanyi Lonely, I Wanna Love You dan Right Now itu di Mekah dirakam bersama anggota keluarga dan rakan terdekat.

Ramai peminat yang tidak mengetahui Akon sebenarnya dilahirkan sebagai seorang Muslim terkejut apabila melihat imej berlatarbelakangkan Kaabah dan video dia melaksanakan tawaf.

Dilahirkan di St Louis, AS, Akon yang juga penulis lirik, penerbit, usahawan selain terkenal dengan kerja-kerja kebajikan seperti terbabit projek dalam projek menyalurkan tenaga elektrik kepada rakyat Afrika - dikenali sebagai Akon Lighting Afrika - pada 2014.

Penyanyi itu juga mula dikenali umum pada 2004 selepas menerbitkan Locked Up, single daripada album debut, Trouble.

Sementara itu perkongsian video dimuat naik di Twitter @feysal_jr memaparkan Akon memakai ihram dan menunaikan umrah mencecah hampir 420,000 tontonan daripada peminat seluruh dunia.

Lihat Komen
ADS