Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anzalna bantu keluarga susah beli susu, lampin
Diterbitkan:  Apr 1, 2020 6:02 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Terkesan dengan nasib menimpa golongan memerlukan, pelakon Anzalna Nasir mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan susu dan lampin pakai buang.

Menurut Anzalna, dia berbuat demikian selepas menerima banyak mesej peribadi (DM) melalui Instagram miliknya yang meminta sumbangan dan bantuan.

“Sebenarnya, sejak saya buat kerja amal dengan membantu keluarga yang ada bayi, sejak itu ramai datang kepada saya minta tolong dari segi kewangan dan keperluan bayi.

“Jadi, terdetik nak buat pada masa sekarang ini sebab saya sendiri ada anak kecil. Jadi sangat memahami kalau ada keluarga terdesak yang tidak dapat beli susu anak dan lampin pakai buang.

“Setiap hari ada (pihak) mesej saya minta duit. Dalam keadaan sekarang, saya berasakan apa boleh tolong adalah beri sumbangan untuk mereka beli lampin pakai buang dan susu,” katanya dipetik Harian Metro.

Mengulas lanjut, pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir itu berkata, cara dilakukan untuk membantu mereka adalah melalui pemindahan wang.

“Saya sudah dapat beberapa keluarga untuk diberikan sumbangan dan mereka beli,” katanya.

Bagaimanapun, bagi berlaku adil, Anzalna, 32, berkata dia hanya memberikan bantuan kepada keluarga yang didapati benar-benar memerlukan saja dan bukan sembarangan.

"Diakui ramai yang DM sampai tak boleh tengok satu-satu. Saya tahu, sekarang ini terlalu ramai dalam kesempitan.

"Walaupun kerajaan sudah membantu, tapi ini bantuan kecil saya juga. Saya bukan kaya-raya nak tolong banyak.

"Apa termampu sekarang, saya berikan sumbangan beli susu dan lampin pakai buang sebab ia penting bagi mereka yang ada anak kecil,” katanya.

Lihat Komen
ADS