Pelakon Twilight, kekasih ditemui meninggal dunia
Pelakon filem Twilight, Gregory Tyree Boyce ditemui meninggal dunia bersama teman wanitanya di kediaman mereka di Nevada, Las Vegas.
Boyce dan Natalie Adepoju ditemui mati pada 13 Mei lalu namun hingga kini punca kematian masih belum diketahui.
Bagaimanapun, polis buat masa ini mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bukan kejadian jenayah.
Boyce dikenali melalui wataknya sebagai Tyler Crowley dalam filem adaptasi Twilight pada 2008 yang dibintangi oleh Kristen Steward dan Robert Pattinson.
Selain itu, mendiang juga pernah menjayakan filem pendek arahan Trevor Jackson, Apocalypse dua tahun lalu.
Dalam hantaran penuh beremosi di Facebook, ibu Boyce, Lisa Wayne berkata, dia hiba dengan kehilangan itu.
“Saya kehilangan, kesakitan. Biasanya saya akan mesej, atau hubungi kamu bila berdukacita atau bimbangkan sesuatu.
“Anakku, kenapa tinggalkan ibu. Tiada lagi pelukan, ciuman atau mendengar kata-kata kamu sayangkan ibu. Ibu patah hati, sayang kamu Greggy,” tulisnya.
Selain ibunya, Boyce turut meninggalkan anak perempuan berusia 10 tahun manakala Natalie mempunyai seorang anak lelaki

